Singgah Sini Dulu :)
Thursday, January 26, 2012
Luka Hatiku Tak Siapa Yang Tahu
Dedikasi kepada seorang teman.Jangan pernah putus asa dengan cubaan hidup di dunia.Setiap yang berlaku ada hikmah di sebaliknya.Kegagalan merupakan permulaan kepada 1 kejayaan.:)
Siapa aku di mata kamu?
Kenapa bahagia yang aku rasa,
Tak pernah berpanjangan,
Apakah aku tak punya hak,
Untuk dicintai,
Untuk disayangi,
Kau buai perasaan aku,
Kau hancurkan hati aku.
Aku cuma nak rasa bahagia,
Aku tak harapkan wang berjuta,
Aku tak harap mahligai bak istana,
Aku cuma dambakan kasih sayang,
Tulus suci dari hati seorang insan,
Yang bernama kekasih.
Tak ada yang faham hati aku,
Tapi tak bermakna dengan sesuka hati,
Ku permainkan jiwa aku,
Lalu kau robek hati aku yang dah sedia luka ini.
Tapi tak mengapa lah,
Aku percaya tiap yang berlaku,
Ada hikmah di sebaliknya,
Aku tak mahu terus berduka,Terus menangis dan bersedih,
Meratapi nasib hidup,
Yang tak pernah indah di penghujungnya,
Walau sering terjatuh,
Tak akan pernah aku berhenti,
Bangun dan terus bangkit,
Ingin aku buktikan,
Aku tak selemah kau sangka,
Mampu berdiri atas kaki sendiri,
Akan aku buktikan!
Hasil Karya: Affyn Najihah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment