Sunday, January 29, 2012

Jangan Mudah Menyerah Sebelum Mencuba !

Karya ini dihasilkan selepas Jiha tengok drama kat tv malam tadi...sangat menyentuh jiwa...Jadi Jiha tukar dalam bentuk puisi.Drama ni merupakan inspirasi Jiha untuk puisi kali ni..Jangan mudah menyerah sebelum mencuba...Yakinlah Allah sentiasa bersama kita...


Kenapa bersedih kala duka bertandang,
Kenapa salahkan takdir kala ujian datang menjengah,
Kenapa tak percaya takdir yang dah ditentukan,
Adalah yang terbaik untuk kita.


Kenapa mengalah sebelum mencuba,
Kenapa cepat benar terjatuh sebelum berdiri,
Jangan jadi penakut,
Takut pada bayang2 sendiri,
Kenapa harus ada rasa tak yakin pada diri???


Biar bertimpa cubaan mendatang,
Tabahlah wahai hati,
Tiap kejadian yang berlaku pasti ada hikmah di sebaliknya,
Allah sayangkan kita,
Kerna itulah kesabaran kita diuji,
Jangan jauhkan diri kau daripadaNya,
Insyaallah akan sntiasa berada dalam lindunganNya.


Hasil Karya : Affyn Najihah

No comments: