Saturday, January 14, 2012

Biar Hati Saling Berbicara (Part 1)

                                                                               BAB 1

         "Abang Aaron,jangan tinggalkan Nuryn!" jerit Nuryn tanpa mempedulikan apa juga yang berlaku di sekellingnya. Dia tak peduli lagi asalkan lelaki yang dicintainya tidak meninggalkannya.Langkah Aaron terhenti di situ.

Dengan segera Nuryn mendapatkan Aaron lantas memeluknya sekuat hati seakan tidak mahu dilepaskan lagi. Esakan Nuryn semakin menjadi-jadi tatkala Aaron membelai lembut pipinya yang mulus dan gebu itu. Simpati Aaron pada gadis yang sangat dicintainya itu tumpah tatkala melihat keadaan kekasih hatinya sebegitu rupa.

"Nuryn,abang terlalu cinta dan kasihkan Nuryn.Seluruh hidup abang hanya untuk Nuryn seorang.Hati abang turut sama sakit bila Nuryn dalam keadaan begini.Cinta tanpa restu ibu bapa tak akan ke mana sayang. Nuryn nak ke jadi anak derhaka?"lembut bicara Aaron menusuk jauh ke dasar hatiku.

"Tapi,Nuryn terlalu mencintai abang.Nuryn sanggup lakukan apa saja asalkan kita dapat hidup bersama," balas Nuryn lembut lantas membuat hati Aaron lebih pedih.

"Tidak sayang.Kita tak boleh buat macam itu.Abang tak sanggup lagi nak lukakan hati emak dan ayah abang. Begitu juga ibu dan ayah Nuryn.Pesanan abang,jaga lah diri baik-baik dan ingatlah rasa cinta kita ini akan abang bawa ke mana saja abang pergi kerana kau lah cinta sejatiku" tutur Aaron lembut tapi cukup menikam kalbu Nuryn yang telah sedia luka itu.

Dengan perlahan Aaron melepaskan bahu Nuryn dan mencium lembut dahi Nuryn sebelum berlalu pergi. Nuryn bagaikan tergamam kerana tidak menyangka orang yang sangat dicintainya tak akan ada lagi di sisinya untuk berkongsi suka dan duka bersama lagi seperti yang mereka sering lakukan sebelum ini.Seakan slide show, satu-satu kenangan terpampang jelas di ruangan matanya.

Tidak mahu kakaknya terus menjadi tontonan umum,Aisya lantas mendapatkan kakaknya yang amat disayangi itu dengan harapan kakaknya akan lebih kuat untuk menghadapi dugaan yang bukan sedikit ini.

"Kak,biarlah abang pergi.Kakak kena belajar melupakan abang Aaron.Kakak tak boleh berterusan macam ni. Lagi sebulan kakak dah nak kahwin dengan abang Fizo.Janganlah lukakan hati ibu dan ayah lagi kak.Mereka dah banyak berkorban untuk kita.Percayalah dengan ketentuan Tuhan kak.Setiap perkara yang berlaku,pasti ada hikmah di sebaliknya," tutur Aisyah lembut.

Bagai tersedar dari mimpi,tanpa berlengah lagi Nuryn segera berlari sambil menjerit memanggil nama Aaron tanpa mempedulikan bait kata yang dilafazkan Aisyah yang seakan desiran angin lalu sahaja pada pendengarannya.

"Abang Aaron,jangan pergi!" jerit Nuryn kuat.Aaron yang turut sama mendengar jeritan Nuryn kekasih hati yang amat dicintainya itu tak mampu berbuat apa-apa.Dengan hati yang berat berserta linangan air mata, Aaron segera berlalu pergi tanpa menoleh lagi.

Esakan Nuryn semakin menggila tatkala melihat Aaron hilang dari pandangan matanya.Dalam masa yang sama, Aisyah memeluk erat tubuh Nuryn bagi menghalang kakaknya yang sudah hilang kawalan itu.




                                                                                BAB 2

          "Lepaskan kakak Aisyah!.Abang, tolong jangan tinggalkan Nuryn.Nuryn cintakan abang!" jerit Nuryn seperti orang gila.Semakin kuat dia menjerit,semakin kuat pegangan Aisya di tubuhnya.Dek terlalu geram, Nuryn semakin hilang pertimbangan lalu mencekik leher Aisyah bagai nak putus dibuatnya.


"Lepaskan aku!" ulang Nuryn berulang kali.Aisyah turut sama meronta kerna kuatnya cengkaman tangan kakaknya di lehernya itu.

"Woi Nuryn bangun lah!aku tak boleh bernafas ni..arghh!!" adu Qistina payah dek kuatnya cekikan Nuryn di lehernya.Tidak semena-mena satu tamparan hinggap di pipi Nuryn.Kebas dirasakannya.Dengan perlahan-lahan Nuryn membuka matanya.Gelap.

"Aku kat mana ni? Adoyai sakitnya pipi aku macam baru lepas kena tampar je gayanye " tanya Nuryn perlahan.

Dalam keadaan yang gelap itu,Nuryn terasa seperti ade benda putih dengan pandangan mata yang menakutkan merenung tajam ke arahnya di hadapan matanya.

Dan tidak semena-mena die menjerit " Mak tolong!!!.Ada hantu bungkus nak cekik orang mak!" jerit Nuryn sekuat hati.Dengan menggunakan segala ilmu persilatan yang dipelajari daripada datuknya sebelum ini, dia menolak Qistina kuat sehingga terjatuh di atas lantai.

" Adoi!sakit lah Nuryn!!!" separuh menjerit Qistina mengaduh.

Tergamam seketika Nuryn dibuatnya.Tidak ada yang mampu dilihatnye melainkan Qistina yang dianggapnya hantu bungkus itu meronta-ronta kesakitan.Yelah,dah lah selubung dengan selimut putih,tepek pulak muka dengan bedak sejuk.Seriau mak dibuatnya tau.Sejenak Nuryn terfikir.

" Eh,macam kenal je suara bak petir menggila tu?.Itu bukan ke suara.....

Sebelum sempat Nuryn menghabiskan ayatnya,pintu bilik terkuak dari luar dan lampu pun dihidupkan.Terlihat Lina menapak masuk ke bilik dengan baldi di tangan.Oh tau lah dia sekarang yang dia berada di bilik.Kus semangat! Hehehehe.....

"Ni apasal bilik macam baru lepas kena langgar todak ni?" tanya Lina separuh menjerit.Melihatkan keadaan Nuryn yang macam baru lepas kena kejar hantu dan ...

Terlompat sedikit dibuatnye Lina bila terpandangkan benda putih seakan hantu bungkus itu tergolek-golek di atas lantai sambil mengaduh kesakitan.
  
"Uish,apa ke bendanya tu?.Lain macam je gayanye.Menakutkan " tutur Lina kepada Nuryn sambil membuntangkan matanya terpandangkan objek yang dilihatnya seperti pocong itu.

Nuryn pula seperti blur dengan apa yang berlaku dan memandang Lina sambil tersengih. Hehehehehe...

" Aish,cakap dengan kau ni sampai bila pun tak sudah.Berangan je memanjang.Sabor Je Lah! " tutur Lina geram. Dalam masa yang sama dia mendekati benda putih tersebut dengan sedikit gementar.Tak usah lah cerita takutnya.Nuryn sempatlah juga tengok mukanya.Memang menakutkan.Ditambah pulak dengan cerita-cerita seram yang sering berlaku di bilik itu,lagi bertambahlah cuaknya.

Belum sempat Lina menyelak,Qistina yang disangka hantu bungkus itu lantas menyergah Lina.

" Ha ke mana kau nak lari?..Aku dah lama tak hisap darah manusia.Kau tak kan dapat lari daripada aku lagi!.Hahahahahaha....

Dengan tidak semena-mena,Lina menjerit lantas mmenampar pipi Lina berkali-kali bagi melepaskan diri.

"Tolong!Lepaskan aku!Aku tak kawin lagi! makkk!!!!!!!!! jerit Lina pula.Nuryn yang seakan tergamam lantas ketawa terbahak-bahak bila mengenang kembali apa yang berlaku tadi.

" Atoyai!!!!!!...sakitnya!!...huhuhuhuhu.....,"adu Qistina perlahan sambil buat muka kesian.Niat di hati saja2 je nak kenakan kawan tapi alih2 diri sendiri terkena.Nasiblah...

Setelah Lina menyedari hantu bungkus itu rupa-rupanya Qistina,apa lagi,bergegar 1 blok ni mereka buat. Sambil ketawa,pantas Qistina pantas berlari keluar bagi mngelak terkena cubitan berbisa daripada Lina yang sememangnya diketahui umum itu.

Aku?

Gelak je lah apa lagi. hehehehe. Bila terkenang balik kisah ni,aku mesti tersenyum sendiri.Kerana di sini lah bermulanya kisah antara aku,dia dan mereka..:)




4 comments:

jiEha++syafiQ said...

like dis story:)

Siti Nornaziha said...

oh time ksih...kalau berminat..insyaallah akn sntiasa keluar dengan karya2 baru.tq sb mnyokong ye..:)

senses of soul said...

Permulaan yg bagus,cuma widget yang kat tepi tu mengganggu untuk pembacaan hee

Dalam cerita macam ni, kuat kan lagi imaginasi dalam penceritaan agar memberikan kesan emosi
huhu macam pengkeritik pulak sy ni

Kalo boleh tambah kan elemen islamik sikit, kita xnak cerita cinta semata mata

tapi sy belum abis baca lagi, mgkn penghujung cerita baru dapat gambaran keseluruhan =)

Siti Nornaziha said...

Owh yeke..lau awk xckp saya pun xpasan.Hehehehe....ok2..akan diperbaiki dari masa ke semasa.time kasih ats kritikan yang diberikan..(^_^)