Sunday, January 15, 2012

Biar Hati Saling Berbicara (Part 2)

                                                                              BAB 3

                  " Oit! lama tunggu? " tutur Rizuan selamba sambil mengunyah snek Twisties perisa BBQ kegemarannya itu.

Sambil menunjukkan muka bengkek Hafiz menjawab "tak adalah lama sangat.sempat jugak lah lau aku nak buat investment dua tiga kali kat tandas pun !" balas Hafiz dalam nada geram sambil menjeling ke arah teman baiknya itu.

Sambil menepuk bahu seraya Rizuan menjawab " alaa bro relax lah.macam tak biasa tunggu menunggu.Dulu aku tunggu kau pun dekat sejam.Ini baru 10 minit lambat dah kecoh.Ape cite beb? " tanya Rizuan ingin tahu.

         " Hehehe.ala bro.prinsip aku biar orang tunggu aku,jangan aku tunggu orang.bikin hati panas je tau, " balas Hafiz selamba sambil tersengih menunjukkan barisan giginya yang putih bersih itu.

Tatkala terpandangkan jam yang sudah menunjukkan pukul 10.30, Rizuan segera mengajak Hafiz untuk kembali ke kelas bagi  mengelakkan mereka tertinggal pelajaran di awal masa.

          " Fiz, dah dekat kol 10.30 ni. Jom masuk kelas.Kang mengamuk pulak emak angkat kesayangan kau tu.Dia mana boleh tak tatap muka kau sehari.Boleh sasau dibuatnya.Nak2 bila dia bulatkan mata dia dengan badan dia yang dah sedia bulat tu,bertambah2 comel aku tengok," kata Rizuan dengan nada selamba sambil tertawa kuat.Ye lah muka iras2 Erry Putra tu.Sapa yang tak cair.Lau aku jadi perempuan,dah lame aku tangkap lentok nie..Fuh!

       " Ah kau suka-suki je kata dia mak angkat aku.Bila masanya pulak aku declare relationship dengan Miss Atika ni? " balas Hafiz dengan nada geram.Miss Atika yang mengajar subjek Kimia itu terkenal dalam kalangan para pelajar dengan panggilan Miss Hot sebab gayanya yang ala-ala anak gadis itu walaupun dah menjangkau umur 30-an.

Tapi aku perasan jugak kadang-kadang dia dok pandang aku je dari jauh.Asal mengajar je,pandang aku.Asal pandangaku je time mengajar.Aku tau lah aku ni hero pujaan Malaya, tapi janganlah pandang macam tu sekali.tak khusyuk tau.Namun kata2 itu hanya bergema di ruangan hatinya saja dek malas nak dengar Rizuan mengenakannya lagi.Pantang alpa,
laju je Rizuan menyakatnya.

Dek terlalu berkejar nak masuk kelas Miss Atika,tanpa sedar bahunya terlanggar bahu seseorang. Habis berterabur semua buku.
          

       " Adoi sakitnya! " adu Nuryn. Jatuh standard aku sebagai pelajar tercomel kat sekolah ni.Yelah,setakat terlanggar bahu lepas tu terjatuh atas lantai tak apa jugak,ini terus jatuh terduduk dekat dalam longkang yang setinggi paras lutut jugak lah dalam perkiraan aku.Qistina pulak bukan nak tolong aku,lagi dia gelakkan aku ade lah.Hurm sabar je lah.


Sambil Qistina memungut semua buku-buku yang bertaburan di atas lantai,dengan segera Hafiz datang menghulur bantuan . " Maafkan saya buat awak terjatuh.Saya tak sengaja nak cepat tadi.Mari saya tolong awak bangun," hulur Hafiz jujur sambil tersenyum hingga menampakkan kedua belah lesung pipitnya yang mampu mencairkan hati sesiapa saja yang melihatnya.

Tanpa melihat siapa dia tuan yang empunya suara lantas dia bersuara " Eh tak apa lah lagipun awak bukannya sengaja. Saya ok je," jawab Nuryn laju dalam masa yang sama masih cuba untuk bangun sambil dibantu Qistina.

       " Nama saya Mohd Hafiz.Boleh panggil Fiz je.Selamat berkenalan," tutur Hafiz sambil menghulurkan tangan tanda salam perkenalan.

Saat aku mendengar je nama tu,aku terus terpana lantas bersuara dalam hati " Eh,macam kenal je nama tu.Hafiz tu bukannya suara My Love ke? Eh2 tersalah pulak.maksud aku Mr Perfect aku lah.Takkan dia pulak yang berlanggar dengan aku tadi?" tanya Nuryn di dalam hati.

Saat aku menongkat je kepala ke atas untuk memandang si tuan empunya suara,dada aku terus berdegup kencang."Alamak,betul lah Mr Perfect aku kat depan mata ni.Apa nak buat ni?" bisik Nuryn dalam hati sambil tersengih menampakkan barisan giginya yag rata itu.

Menyedari huluran tak bersambut,lantas Hafiz menarik semula tangannya lalu melanjutkan pertanyaan " ada luka ke kat mana2?" tanya Hafiz jujur sambil melihat kalau2 ada luka yang terjadi.Yelah,jatuh longkang beb!Lau ada patah atau terkehel tak ke parah nak menjawab nanti.

Seakan tersedar dari mimpi,Nuryn pantas menjawab "Oh tak ada pape.sikit je ni.No big deal," balas Nuryn sambil tersenyum lebar.Fulamak cakap omputih pulak la aku ni kan.tak pernah2 dibuat ni baru nak buat.Konon nak tunjuk la tu depan Mr Perfect. Ceh!

          " Weh Hafiz jom lah.Kalau nak mengurat pun lepas habis kelas lah.Kang mengamuk mak angkat kau tu naya je tau tak. Jom lah! " kata Rizuan sambil menarik Hafiz dan berlalu pergi.

Sambil tergesa2 Hafiz bersuara "Yela2.Ok Nuryn saya kena masuk kelas sekarang.Nanti kita borak lagi ek," tutur Hafiz sambil mengenyit mata ke arah Nuryn.Semakin jauh lah Nuryn berangan.

Kalaulah aku couple,mesti best kan.Eh tapi nanti dulu.Macamana mamat ni boleh tau nama aku?Huh ni boleh menimbulkan persoalan ni," bisik Nuryn dalam hati sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.

              " Kau ni pun lau iye pun dah admire sangat dengan cik abang sayang Hafiz kau tu,jalan la betul2 sikit.Ni sampai terduduk dalam longkang kot.agak2 lah Nuryn oi!" bebel Qistina lagi.

Sambil buat muka pelik dalam kesakitan dan juga sedikit marah dek Qistina mematikan lamunannya lantas Nuryn bersuara " Kau dah kenapa Cik Qistina oi?.Bila masanya pulak aku admire kat dia ? Saje je buat cerita ek? "balas Nuryn sambil menghadiahkan satu cubitan bermakna di lengan Qistina.

        " Alamak,bisanya cubitan mak ketam ni ," balas Qistina dengan tawanya yang masih bersisa. Lalu mereka berdua pun berlalu ke kelas masing2 dengan segera.Namun begitu,ada 1 perasaan halus yang menjalar dalam hati Nuryn dengan kejadian yang baru berlaku tadi.Lalu hatinya tiba-tiba berdegup kencang.

Perasaan apakah ini?..........


                                                                            BAB 4

Tahun ini merupakan tahun yang bermakna buat Nuryn dan rakan-rakan kerana mereka bakal menduduki Peperiksaan SPM tidak lama lagi.Meskipun sibuk dengan latihan sempena Hari Sukan nanti,tapi Nuryn bijak membahagikan masa antara pelajaran dan aktiviti yang lain.Dia mahu berjaya dalam kedua2 nya.Prinsip Nuryn,'Pelajar yang cemerlang terhasil daripada disiplin diri yang tinggi serta pengurusan masa yang baik'.
        "Ceh,berfalsafah la pulak kau cik Nuryn oi!" bisik Nuryn dalam hati sambil tersengih sendiri.

Dari jauh kelihatan Hafiz jugak tak mahu ketinggalan untuk melakukan yang terbaik demi peperiksaan SPM yang bakal mereka duduki hujung tahun nanti.Sedang Hafiz membelek-belek buku di dalam rak untuk dijadikan bahan rujukan,Hafiz terpandangkan Nuryn yang sedang asyik mengulangkaji sendirian di sudut belakang perpustakaan.Lantas dia terus pergi mendapatkan Nuryn untuk bertanya khabar selepas seminggu tidak bersua muka selepas kejadian tersebut berlaku antara dia dan Nuryn.

Sedang Hafiz menyusun langkah menuju ke arah Nuryn datang seorang lelaki lalu duduk betul2 berhadapan dengan Nuryn.Jika ada yang melihat,pasti akan mengatakan mereka pasangan yang sepadan.Si jejaka punya persis rupa Farid Kamil dan si puteri pula persis Nora Danish pelakon yang tengah meletup-letup dengan cerita Tentang Dhia kat TV sekarang ni.

Langkah Hafiz terus mati di situ....

"Hai Nuryn!Lama gila tak nampak kau?Mana menghilang?..Hehehe," tanya Aliff dalam nada bergurau.

Nuryn mencebik lantas membalas " Ah kau cerita nak gebang je kan? Rumah pun selang dua je dari rumah aku,kat dalam kelas pun kau duduk belakang aku,lagi nak auta da lama tak jumpa ek? Apa punya sepupu lah..(gebang maknanya tokok tambah cerita yang dah sedia ada untuk jadi lebih sedap dan panaszz)..Ouch!!!..hehehe...

Sambil tersengih lantas Aliff bertanya " Ha ni mak aku merangkap mak long kau la kan suruh ingatkan mak ngah yang jugak merangkap mak kau supaya jangan lupa datang rumah nanti masa rumah aku buat kenduri .Kau pun jangan lupa datang sekali.Bawak2 lah buah tangan sikit.Jangan bawak diri nak makan je.Badan kau pun dah makin membulat aku tengok!" jawab Aliff dengan ketawa yang tertahan-tahan.

Sambil menjegilkan mata Nuryn segera membalas " Ah kau! Ada je benda nak sakat aku kan? Ha ye lah nanti aku beritahu mak aku. Dah2 pergi balik.Aku nak fokus ni!Sibuk je kacau orang.Huh!," ujar Nuryn bersungguh2 sambil berpura2 sibuk mentelaah pelajaran.

Aliff ketawa sambil memandang Nuryn dengan pandangan yang sukar untuk dimengertikan.

Di sudut yang lain,ada hati yang sedang bergolak kencang tatkala melihat kemesraan antara Nuryn dan sepupunya itu.

Hanya sekadar melihat dari jauh,Hafiz tertanya dalam hati " Eh mamat mana pulak ni?Macam tak pernah nampak pun dengan Nuryn? Boyfriend dia ke?Nampak mesra semacam je," tanya Hafiz dalam hati.

Setelah beberapa ketika,Hafiz seakan tersedar " Lah apasal pulak aku nak ambik tau siapa mamat tu?Aku bukannya ada pape dengan Nuryn pun.Berkawan rapat jauh sekali.Mungkin kawan2 je kot.Ah biarlah.Apa ke hal pulak aku nak ambik port nie? Nanti2 je lah aku tegur,' ujar Hafiz dalam hati bagi menenangkan gelora hatinya yang bergolak hebat itu lalu berlalu pergi untuk balik ke rumah.

No comments: