Monday, January 16, 2012

Biar Hati Saling Berbicara (Part 3)

                                                                           BAB 5

Nuryn sedang bersiap sedia sebelum memulakan latihan bagi acara larian 100 dan 200 meter di sekolahnya sempena Hari Sukan yang akan berlangsung tidak berapa lama sahaja lagi.Nuryn digelar pelajar serba boleh oleh para guru dan rakan-rakannya melalui gelaran tokoh pelajar cemerlang PMR yang diterimanya semasa Anugerah Kecemerlangan yang lalu di samping aktif dalam bidang kokurikulum sama ada di peringkat sekolah hingga lah ke peringkat negeri.Kalau nak cerita semua memang tak dapat lah.So,nanti2 je lah ek..hehehehe..

" Ke garisan sedia mula!Pritttttt!!!" 

Tiupan wisel menandakan proses pemilihan untuk wakil rumah sukan masing2 sudah sampai ke kemuncaknya.Dari awal lagi Nuryn sudah menunjukkan potensi sebagai pelari yang paling layak untuk mewakili rumah sukannya pada Hari Sukan nanti.


" Woah,laju gila kau lari Nuryn.Sampai pecah rekod sekolah tu.Memang terbaik lah!" tutur Halimah kepada Nuryn sambil menaikkan ibu jari ke atas tanda bangga dengan prestasi sahabatnya itu.Nuryn hanya mampu tersenyum malu.

Dalam pada itu mereka berlalu pergi ke kantin dek tak tahan dengan cahaya matari yang panas membahang tu sambil2 melegakan tekak yang dah menjerit2 mintak minum...

" Tak sangka aku kawan aku yang sorang ni pegang rekod sebagai olahragawati sekolah 2 tahun berturut2.Minah blur camni pun boleh jadi tokoh sukan tu.Korang percaya tak???..Ha lau tanya aku,aku pun susah nak percaya.Tapi mengenangkan kawan,percaya je lah.Karang tak percaya dia buat muka sedih pulak kan.Lagipun ada 1 rahsia yang akan Nuryn akan bongkar tentang macam mana dia boleh jadi pelari pecut nieh..Tunggu..huhuhuhu," bisik Qistina dalam hati.

        " Ha dah betul sangat lah tu beb!Tapi aku pelik jugak,macam mana kau boleh lari sepantas tu? Calang2 orang je yang mampu buat tau," tanya Nadia hairan.

Nuryn hanya mampu ketawa tatkala mengenangkan peristiwa yang membawa prestasinya hingga ke tahap ini.Apa lagi kalau tak berkat anjing Uncle Wong dekat taman tempat tinggal aku tu.Ceritanya macam ni...

" Setiap kali waktu balik sekolah je bas sekolah mesti turunkan kita kat bus stop kan.Jadi,untuk sampai ke rumah aku,aku kena lalu depan rumah Uncle Wong sebelum sampai kat rumah aku.Biasanya anjing tu memang di biarkan berkeliaran kat ruang legar rumah dia pun.Tapi satu lah yang aku tak berkenan.Uncle Wong ni memang jenis orang yang selamba tau.Ada ke patut dia biar je pintu gate rumah terbuka dengan anjing tu selamba badak je keluar masuk rumah.Tak ke bahaya macam tu," jelas Nuryn panjang lebar dengan penuh semangat sambil menggayakan kembali gerak lakunya setiap kali kejadian kena kejar dek anjing tu berlaku.

Masing2 memberi tumpuan penuh pada cerita yang disampaikan Nuryn.Nak2 Lina.Macam nak terkeluar biji mata dia aku tengok.Uish,terkenang pulak kejadian malam tu tetiba.Janganlah berulang lagi.Makan 3 hari jugak aku perlukan khidmat Qistina untuk jadi teman sekatil tak sebantal aku tau..Huhuhu cedih3...Haa dah2..berbalik pada cerita tadi......

" Ha apa pulak jadi lepas tu?" tanya Halimah penuh tanda tanya.

Seakan berfikir lalu Nuryn menjawab penuh semangat " Ha biasanya anjing tu kejar aku takat ala-ala je. 'Ala-ala' maknanya kejar setakat nak menakutkan je lepas tu trus blah camtu je.Ada 1 hari tu entah kenapa anjing tu baru lepas break up kot dengan girlfriend dia.Tak pun datang bulan ke?.Itu yang mengamuk dia lain daripada biasa tu,"terang Nuryn lagi.

" Huh! Lau da blur tu pn blur jugak. Ada ke anjing yang dah sah2 binatang plus jantan lagi kau kata datang bulan?.Agak2 la sikit teori kau tu Cik Nurin oi!!!Fulamak ni lau Miss Linda dengar ni,mau menangis air mata darah ni.Penat2 dia ajar Sains masa Form 2 dulu kau boleh buat teori macam tu.Hampeh!" balas Qistina selamba sambil menepuk bahu Nuryn kuat.

" Hehehe...," sengih Nuryn kepada Qistina.

"Hurm tu je lah kau tau buat.Blurr....," tutur Qistina sambil memicit kepalanya yang dirasakan sakit tiba-tiba.

" Ha ok2.Kita sambung balik ek.Hari tu aku ingat lagi.Aku rasa macam geram sangat dengan anjing tu.Jadi,aku bercadang nak kenakan anjing tu balik lah.Kebetulan masa tu anjing tu landing punya baik kt atas jalan.Uik,suka suki je baring atas jalan.Nak bunuh diri ke apa kan?..Ha lepas tu aku dapat idea dah.agak2 30 meter jauh,aku baling batu kecik kt kepala anjing tu.Terkujat beruk dia!...Macam kene heart attack.Ha dalam hati memang puas dah.Tapi bermula lah jugak adegan yang tak sedap nak cerita ni," jawab Nuryn lambat.

" Napenye? Cecite2..'" tanya Nadia dan Halimah serentak.

Dengan penuh longlai Nuryn mula bercerita lagi....

" Dia menyalak tak berhenti lah.Tak kan dia gelak guling-guling pulak atas jalan tu pulak kan.Aku dah kejang dah.Anjing tu apa lagi,dah sasarkan aku ni target dia,dia terus susun langkah nak kejar aku.Aku tergamam!..Lagi 20 meter je dia nak sampai kat aku,aku macam tersedar dengan apa yang berlaku masa tu sampai lah aku rasa ada tangan yang menarik aku untuk sama lari," cerita Nuryn dengan panjang lebar.

Lari!!!!!!...waaaaaaaaaaaaaaaa ---> (inilah yang dinamakan ketawa dalam tangisan)..huhuhuhu

HAHAHAHAHAHAHAHAHA.......................---> (ha ni lah ekspresi kawan2 aku bila aku cerita tentang KISAH ITU)..

" Hadoyai nasib baek sempat lari beb.Tu lah dengki lagi kan Tuhan dah bayar cash.Tapi,sapa pulak gerangan yang tarik kau tu?superwoman beb!.." tanya Nadia sambil ketawa yang agak terlebih2 pada pendengaran aku ni..huh Sabor Je Lah.

Belum sempat Nuryn menjawab....

" Aku lah orangnya!!!! hahahahaha!!!" jawab Qistina bangga.

Reaksi Nuryn....

" Hehehehehehe...," Nuryn tersengih sambil buat muka simpati.

Sambil buat muka geram,Qistina meluah perasaan...

" Memang lah aku yang jadi superwoman selamatkan dia tapi aku jugak lah yang kena hadap anjing gila tu tau tak.Kau dah lari pecut ke depan,aku tertinggal kat belakang.Apa punya member daaa....Tapi tu lah bila aku nak tutup pintu gate,aku dah tak nampak bayang anjing tu lagi.Rupa-rupanya dia dok ushar anjing betina sebelah rumah aku tu pulak.Huh emang dasar jantan," jawab Qistina penuh emosi.

Suasana hingar dengan hilai tawa kami hingga lah terhenti seketika.Itu pun selepas Cikgu Roslan dah mengarahkan kami untuk masuk semula ke padang bagi menyambung semula sesi latihan.Dalam masa yang sama,aku seakan terlihat susuk tubuh seseorang yang amat ku kenali  sedang bersembunyi di sebalik pokok dekat2 dengan tempat kami duduk tadi.Tapi tak kan lah dia?...bisik Nuryn sendirian..Hurm biar lah...



                                                                               BAB 6

Malam ini cuaca begitu dingin sekali.Memang sesuai sangat lah lau nak beradu waktu2 macam ni.Ye lah,dari pagi sampai ke petang sibuk dengan aktviti seharian di sekolah.Jarang2 dia dapat memanjakan dirinya sendiri.Sedang Nuryn sibuk mengelamun seperti kebiasaannya,mindanya terlayar kembali peristiwa petang tadi yang akhirnya menjalinkan satu ikatan silaturahim antara dua insan.Indahnya saat tika bersama...(^_^)


Ehem2!...Jangan nak fikir jauh2 ek.Silaturahim sebagai kawan je.Hurm jadi lah daripada tak ada langsung...Tengah syok2 layan perasaan,terdengar bunyi ketukan pintu dari luar.

"Nuryn,kau buat apa kat dalam tu? Mari turun makan.Ayah dah tunggu dekat bawah tu.!" tutur emak separuh menjerit.

Kepenatan seharian berjalan dari pagi hingga ke petang tadi buat Nuryn sangat-sangat keletihan hingga tak larat nak bangun.

" Tak apa lah mak.Nuryn kenyang lagi.Mak dengan ayah makan lah dulu ye," jawab Nuryn lambat dengan mata yang tertutup rapat.

Sambil mengeluh,Mak Kiah membalas "Hurm ye lah.Tapi nanti kalau lapar jangan malas nak turun makan pulak tau.Nanti datang balik gastrik tu dah payah," ujar emak dalam nada yang tegas.

" Baiklah emak.Terima kasih!," balas Nuryn lembut.

Itu lah emak kesayangan aku.Dia cukup faham dengan perangai aku dan yang membuatkan aku tabik spring pada emak bila mana aku tengah marah,emak dengan ayah dah dok pakat tak nak cakap pape dengan aku dah.Sebab kalau aku tengah marah,aku boleh buat sesuatu di luar jangkaan manusia.Fuh!

Tapi dalam buruk pun mesti ada baiknya kan?.Ha si Nuryn ni pemurah orangnya.Ada satu ketika tu,si Halimah tak bawak duit untuk beli makanan kat kantin.Bila Nuryn tau je masalah dihadapi Halimah,terus dia bagi duit.Betapa murninya hati Nuryn.Pantang tengok kawan susah cepat2 datang bagi pertolongan.


                                                                         
                                                                           BAB 7


Dengan senang hati dia kata " Ambik lah.aku halalkan.Tak payah bayar balik.Aku ikhlas," tutur Nuryn seikhlas hati.

Sambil tersenyum dalam nada terharu Halimah menjawab " terima kasih Nuryn.Kau lah sahabat aku dunia akhirat.Akan ku kenang jasamu hingga akhir hayatku.Budimu tidak mampu ku balas.Dirimu bagiku begitu berharga!Oh Nuryn ku sayang,"jawab Halimah dalam nada terharu sambil memeluk sahabat kesayangannya itu.

Nuryn seakan terkejut lalu membalas " Kau dah kenapa ni? Setakat aku bagi RM5 je pn da puji2 camni.Ni mesti kesbanyak sangat tengok cite sinetron nie.Tak pun ade benda yang kau nak dari aku ni.Ha cube cakap betul2," tanya Nuryn sambil menjungkitkan keningnya yang ala-ala Ziana Zain.

Sambil tersengih Halimah lambat2 menjawab " Ehee anu ape tu....ala....ni aku hari tu masa aku pergi rumah kau akunampak banyak novel kat ruang tamu.Nak pinjam boleh?" tanya Halimah sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal itu.

"Huh,agak dah.Tak boleh!," jawab Nuryn marah tapi dalam nada yang manja.Hehehehe...Saje je sebenarnyanak kacau Si Halimah ni ha.

Sambil buat muka seposen lantas Halimah terus memujuk " Boleh lah Nuryn.Boleh lah boleh.ewah!" balas Halimah sambil menyanyikan lagu Mas Idayu dan berjoget sepenuh hati.

" Eh minah ni.Tetibe je.Macam orang 'senget' dah aku tengok.Tapi macam best je.Kena join nie.Hehehe,"bisik Nuryn lambat dalam hati sambil membuka langkah untuk menyanyi dan berdangdut sekali dengan Halimah.Lagu favourite aku ni dari Mas Idayu tajuknya Bolehlah Boleh.Ewah!! 


Lalu Nuryn pun memulakan nyanyian sambil berjoget penuh makna :

Bolehlah boleh datang ke rumahku,
Kalau kau mahu meminjam novelku,
Bolehlah boleh jaga sebaiknya,
Kalau tak kepala kau yang aku 'luku' dulu..

Lalalalalalalala..........(luku sama makna dengan ketuk @ tempeleng)

Dengan semangat Nuryn terus menyanyi sementara Halimah seakan terkejut lalu....

" Ah ok je.No hal punya," bisik Halimah dalam hati sambil terus berdangdut dengan gembiranya.Cewah!!!


                                                                           BAB 8


Keesokan paginya indah je seperti biasa.Burung bersiul kegirangan,jiran-jiran sibuk bertandang ke rumah jiran masing-masing untuk buat 'dosa kering' dan tidak ketinggalan jugak bunyi anjing Uncle Wong yang seakan mintak penangan penumbuk je gayanya pagi2 buta ni tau.Bakal je anjing bertuan.Kalau tak dah lama aku bagi kau susu campur ubat tidur lepas tu aku ikat kau kuat2 kat pokok yang banyak kerengga dekat seberang jalan depan rumah aku tu..Baru kau tau langit tinggi ke rendah.!....

"Huh! tak pe lah.dugaan.Sabarlah wahai hati," bisik Nuryn dalam hati sambil terus menyiram pokok bunga kesayangan emak nya itu di hadapan rumahnya sambil menyanyi kecil dengan gembira sekali.Hari ahad lah katakan.Akan di manfaat sepenuhnya oleh Nuryn.Dalam masa yang sama Nuryn tersenyum sendiri tatkala teringatkan lagi peristiwa pada petang semalamnya di sekolah.

Sambil berangan di bernyanyi2 kecil..

Oh sayang!
Dikau lah jejaka idaman....

Nyanyi Nuryn gembira..:)


Selang beberapa minit kemudian.....

"Nuryn!Kau buat apa tu?boleh kacau tak ni?Kalau tak boleh aku tetap nak kacau jugak," tutur Aliff penuh semangat.

Haa sebelum terlupa...

" Ni sebelum aku terlupa,ibu suruh hantar pengat pisang ni ha kat kau.Kan kau suka makan.Tu yang ibu buatkan tu," ujar Aliff penuh semangat.

Kus semangat! Aish mamat ni kalau jumpe tak pernah nak bagi salam dulu.Benar kata Dr M,Melayu mudah lupa!...lalalalalala.....(Eh2 terlebih sudah.tapi boleh tahan gak suara aku ni.Ish ni kalau ada mane2 syarikat rakaman nak ofter aku nyanyi ni,confirm kena tendang.Ye lah suara pun dah macam kucing tercekik tulang ayam...Huhuhuhu sadis sungguh!!!!

"Woi jauh gila kau berangan!" sergah Aliff tiba2...

Dek disebabkan Nuryn ni ade melatah sikit2,terus di ketuknya kepala Aliff dengan bekas air untuk menyiram pokok2 bunga ibunya itu.

" Woi sakitlah!Agak2 lah sikit pun.Abah aku bayar zakat tiap tahun ni," ujar Aliff separuh menjerit sambil duduk di atas kerusi yang dah tersedia di situ

sambil tersengih lantas Nuryn menjawab " padan la dengan muka kau.Kacau aku lagi.Hahahahaha!!!" balas Nuryn pantas.Lalu segera di ambil mangkuk yang berisi pengat pisang itu lalu diletakkan di atas meja yang berdekatan.

" Ha kacau lagi aku berangan kan dah kena.Hehehehe," bisik Nuryn dalam hati sambil tersenyum puas.

Sambil menggosok kepalanya yang sedikit sakit Aliff berbisik dalam hati "Ganas betullah minah ni.Kalau di buat binimemang nahas lah laki nya dikerjakan.Tapi yang ganas ni lah yang jadi pujaan hati siang dan malamku.Oh Nuryn ku!"bisik Aliff sambil tersenyum sendiri.

Aku pun tak sedar yang aku dah tangkap cintan dengan minah ni.Lepas aku tengok cara dia pujuk adik aku lepas kena marah dengan ibu aku,aku terus jatuh cair dengan cara dia jaga dan ambik hati adik aku.Adik aku ni perempuan memang rapat dengan si dak Nuryn nie.Asal merajuk je pergi rumah Nuryn.Aish Sabor Je Lah.

Tatkala terpandangkan Aliff yang tersengih2 sambil menutup mata tanda menghayati la tu kononnya buat Nuryn rasa nak menyakat.Lalu didekatkan mukanya dengan muka Aliff lalu disergahnya.

"Ha! apa kau berangan tu ha?ooo terkenang girlfriend ek?" tanya Nuryn dalam nada mengejek sambil membuntangkan matanya yang sedia bulat dan comel itu.

Dek kerana terlalu terkejut,lalu Aliff jatuh dari kerusi yang didudukinya.

" Oh mak kau hantu mata bulat," melatah Aliff di campur rasa terkejut yang amat sangat.Cet!Potong betul lah.Baru nak layan jiwang.Huh!

Peh memang sebijik macam nangka busuk jatuh tu..Hahahaha..Padan muke.Kacau aku lagi.Balasan.!tutur Nuryn puas dalam hati sambil tersenyum bangga.

"Aduh,jatuh peranakan aku macam ni!" ujar Aliff dengan nada sedih dan simpati.

Dalam masa yang sama,emak pun muncul di muka pintu selepas terdengar riuh rendah dari luar rumah.Terlihat juga kelibat Aliff terduduk di atas lantai sambil menggosok punggungnya yang sedikit sakit itu.

" Ini apa bising2 ni?Sampai ke dapur mak dengar? Ha kamu Nuryn da siap ke siram pokok bunga tu?Kalau dah masuk cepat sarapan sama2.Ayah dah lama tunggu tu.Ha kamu pulak Aliff nape duduk kat lantai tu?Kan kotor.Ini apa hajat datang rumah mak ngah pagi2 ni?," marah emak dan dalam masa yang sama tertanya kedatangan Aliff di awal pagi yang tak berapa nak hening tu.

Seakan tersedar lantas Aliff segera mengambil bekas berisi pengat itu lalu diberikan kepada mak ngah nya itu.

"Ni ha ibu buatkan pengat untuk mak ngah sekeluarga.Lagipun ibu tau Nuryn suka makan tu yang dia buatkan tu.Anak sedara kesayangan lah katakan.Huhuhuhu," jawab Alff dalam nada sedih yang dibuat2...

Melihatkan keadaan itu lantas Nuryn mencelah " Eleh poyo je ayat.Uwek!!! " balas Nuryn dalam nada separuh mengejek sambil menjuihkan lidahnya ke arah Aliff.

Emak yang merasakan keadaan akan jadi semakin tegang kalau dibiarkan lantas menjernihkan suasana dengan menjemput Aliff masuk untuk sarapan bersama.

"Dah2.Kamu berdua ni pantang jumpe mesti nak bercakaran je.Dah mari masuk," pelawa emak kepada Aliff.Aliffapa lagi suka la dapat makan free.Macam kat rumah tak ada makanan je,Saja la tu nak manja2 ngan emak kesayangan kita nie.Huh!

Lalu mereka pun beriringan masuk sama2 sambil Aliff menarik ekor rambut Nuryn yang di tocang itu.Mengaduh kesakitan Nuryn dibuatnya.Lalu Nuryn pun membalas dengan mencubt lengan Aliff dengan sekuat hati.

Aduh!!!!!!!!!bisanya!!!!

Dalam masa yang sama di kejauhan,ada sekeping hati yang terluka melihat drama yang berlangsung sebentar tadi.



                                                                               BAB 9


Dua bulan sebelumnya....
Ketika di dalam kelas,jam menunjukkan tepat pukul 3 petang dan Nuryn sudah berkira-kira untuk balik ke rumah selepas saja tamat sesi pembelajaran di dalam kelas.

" Eh dah pukul 3 lah.Mak Uda aku nak datang nanti.Mak aku dah ingatkan pagi tadi suruh balik awal untukmasak.Maaf ye Qis..," tutur Nuryn dalam nada lembut.Bimbang Nuryn kalau2 Qistina akan kecil hati sebab tak temankan dia mengulangkajipelajaran di perpustakaan seperti yang dijanjikan.

" Ok bye2 Nuryn.. Miss u ..,"ujar Qistina dalam nada sedih.

Sambil buat muka pelik lantas Nuryn menjawab " Bukannya aku nak ke mana pun.Aku nak  balik je kot.Kang esok pagikau dapat tengok muka aku yang comel ni lagi.Lau kat umah nanti pun kau leh jumpe aku.Rumah sebelah menyebelah je kot.Toksah wat drama le kat sini ek?" balas Nuryn dalam nada bergurau.

Sambil buat muka selamba Qistina menjawab " Ehehehe ye ke?Terlupa pulak aku..Hehehehe..Yelah2.Ha balik tu hati2.Kalau jatuh bangun sendiri.Kalau ada yang mengurat buat bodoh je tau.Ingat pesan aku ni," nasihat Qistina bersungguh.

Sambil buat muka penat Nuryn menjawab " Ye lah mak nenek ku sayang.Patik akan ingat segala pesanan tuan hamba itu.Janganlah tuan hamba risau ye," tutur Nuryn lembut sambil menggayakan gerak tangan melekap ke dada.

Sambil menuruni tangga Nuryn melambai Qistina " Bye2 Qis." lambai Nuryn sambil tersenyum ceria ke arah teman rapatnya yang satu itu.Qistina membalas lambaian Nuryn sambil tersenyum.

Qistina dah berkira-kira nak pergi ke perpustakaan lalu masuk ke dalam dengan langkah berhati2.Takut mengganggu konsentrasi pelajar lain.Sedang Qistina mencari tempat duduk,dia terpandangkan Hafiz yang sedang duduk sendirian di sudut belakang perpustaan itu.Lalu dia menyapa Hafiz.

" Assalamualaikum my dearest cousin!..Hehehehehe...," sapa Qistina.

Sedikit terkejut Hafiz menjawab " Waalaikumussalam Cik Qistina.Ni kenapa tak balik lagi ni?," tanya Hafiz sambil buat muka pelik.

Belum sempat Qistina menjawab Pantas Hafiz mencelah," Mana kawan kau yang selalu dengan kau tu? Selalu berkepit je 24 jam macam belangkas," tanya Hafiz dalam nada selamba sambil tercari2 sesuatu.

Dalam kepelikan Qistina bertanya " Kau dah kenapa terjenguk2 macam burung bangau nieh?Nuryn tak ada lah.Dia kena balik awal sebab Mak Uda dia nak datang rumah.Mak dia suruh balik masak," jawab Qistina perlahan.

Agak sedikit terkejut Hafiz membalas " Wah pandai ke dia masak?Macam tak percaya je," balas Hafiz selamba dengan nada mengejek.

Agak bengan kawannya dikritik sebegitu rupa lantas Qistina bersuara " Eh kau jangan!Aku dah pernah rasa Nuryn masaktau.Memang terbaik lah!...," balas Qistina penuh yakin sambil menunjukkan ibu jari tanda TERBAEK!!!..hehehehe.

Sambil mencebik Hafiz menjawab "Hm ye lah," balas Hafiz pendek.

" Kau dah lama ke kawan dengan Nuryn tu?" tanya Hafiz tanpa memandang Qistina.

Sebenarnya sebelum nie dia dah pernah nampak Nuryn masa parti Hari Jadi Nuryn pada minggu sebelumnya.Dan Hafiz pun telah diperkenalkan sebagai sepupu Qistina.Tapi cuma kenal muka je lah.tak ada niat pun nak tegur ke apa.Tapi bila dah terserempak banyak kali timbul satu perasaan aneh yang datangnya entah dari mana.Tak mintak pun diundang tapi dah datang jemput je lah masuk kan.Kot2 boleh jadi pasangan.Hehehehe...Ape daa berangan punya jauh..

Dah lama jugak.Sejak dari Form 1 lagi.Tapi betul2 rapat masa Form 3.Kenapa kau tanya?" tanya Qistina dalam nada sedikit pelik.

Dengan riak muka sedikit terkejut lantas Hafiz membalas " Eh tak ada apa lah.saja je tanya.Kat mana rumah dia?"tanya Hafiz lagi semakin ingin tahu tapi masih tak memandang Qistina semasa mengajukan pertanyaan tersebut.Bimbang rahsa hatinya diketahui Qistina yang sememangnya bijak meneka hati manusia melalui pandangan mata sahaja.Sebab itulah Qistina terkenal dalam kalangan rakan2 untuk jadi penasihat di kala hati dirundum pilu.Huhuhuhu...

Tanpa banyak soal Qistina menjawab " Sebelah rumah aku je.Tak jauh pun," jawab Qistina selamba sambil terkenang balik perbualan antara dia dan Nuryn tadi.

" Ape la aku ni.Buat malu je.Tapi nak manja2 tak salah kan?..hehehehe ," bisik Qistina dalam hati sambiltersenyum sendiri.

Lalu Hafiz bersuara " Eh tak pernah nampak pun dia? Banyak kali aku datang rumah kau tapi rumah tu kosong je?"tanya Hafiz ingin tahu.

Dengan segera Qistina membalas " Rumah tu memang la kosong sebelum ni.Sebelum ni Nuryn dengan keluarga dia tinggal kat taman hujung sana tu.Ni baru pindah sini sebab dekat sikit dengan bus stop.Ha lagi dekat dengan aku sebab boleh pergi dan balik sekolah sama2," terang Qistina panjang lebar.

Sambil mengangguk Hafiz membalas "Oh macam tu," balas Hafiz pendek.

Dengan niat ingin tahu yang sangat mendalam terhadap Nuryn lantas Hafiz melanjutkan pertanyaan " Dia memang blurke setiap masa?Macam kelam kabut je aku tengok?Tu kalau ada boyfriend mau haru biru tu.Kalau dah couple boleh putus hubungan dibuatnye tu.Ish3..dahsyat2!," tutur Hafiz penuh keyakinan sambil menganggukkan kepalanya.

Dengan muka pelik dan sedikit marah  lantas Qistina bertanya "Eh kau ni macam betul2 kenal je dengan Nuryn tu.Aku kawan dengan dia dah lama lah.Dah tau sifat dan perangai dia.Jadi kau jangan sesekali mengutuk die lelebih ek.Aku lesing kang baru tau," balas Qistina sambil mengepal penumbuknya seakan ingin menumbuk Hafiz.

Terkejut dengan tindakan Qistina itu,lantas Hafiz mengelak seraya berkata " Ish kau ni aku gurau je lah.Tu pun nak touching," balas Hafiz lagi.

Agak pelik dengan gaya Hafiz yang seakan berminat tentang Nuryn lantas dia bertanya " Kau ni asyik tanya hal Nuryn je kenapa?Haa kau minat kat die ek?" tersengih2 Qistina ke arah Hafiz yang seakan cacing kepanasan itu.

Sambil menggaru kepalanya yang tak gatal dia bersuara " Ala aku saje je nak tau.Yelah kan kau tu sepupu aku jadi aku kene lah pegang amanat emak kau untuk jaga kau.Tau tak?" balas Hafiz tegas.

Tuhan je lah yang tahu gejolak hatinya tiap kali ada hal yang berkaitan dengan Nuryn.Tak senang duduk dibuatnya.Dia pun tak tau kenapa dia mesti berperasaan macam ni? Hurm mungkin tindak balas hormon agaknye.Huhuhuhuhu ," bisik Hafiz dalam hati.

Tak mahu Qistina sampai tahu apa yang tersirat dalam hatinya lantas dia mintak diri nak balik.

" Eh ok lah.Aku nak gerak dulu.Ada latihan bola sepak kejap lagi.Bye2 Cik Qistina.Belajar elok2.Jangannakal2.Aku report kat mak kau nanti tau.," tutur Hafiz sambil tersengih.

Dengan selamba Qistina menjawab " Ha baguslah tu.Lagi cepat lagi bagus.Lagi lama aku kat sini,lagi panas hati aku," jawab Qistina malas.

Lalu Hafiz pun melambai ke arah Qistina dengan pandangan penuh makna.Qistina seakan dapat meneka gejolak hatisepupunya itu.

"Tapi tak apa lah.Satu hari nanti aku mesti tau jugak," bisik Qistina penuh makna sambil tersenyum sendiri.



                                                                            BAB 10


Sambil melayan perasaan,Hafiz mula memetik gitar lalu menyanyi lagu Sayang-sayang nyanyian Aliff Aziz.

Masa Ku teringat akan dirimu,
Ada sesuatu begitu mengganggu,
Diam-diam aku menyukaimu,
Bermimp bila kau jadi milikku.
Jauh di dasar hatiku,
Ingin ku teriak,
Aku cinta kamu...

Sayang,sayang,sayang,
Kamu dah berpunya,
Tertutup sudah bagiku kesempatan,
Dan bukan gayaku,
Rebut pacar orang,
Meski hati tulus cerita berakhir tak senang.

Tak mungkin,tak mungkin,
Aku menyerah hanya kerna tak dapatkanmu,
Meski jauh di dasar hatiku,
Inginku teriak,
        Aku cinta kamu!...

Selesai je Hafiz menyanyikan lagu yang cukup bermakna bagi dirinya itu,dia mula terimbau detik dia mula rapat dengan Nuryn dan mula mengenali Nuryn dengan lebih dekat lagi.Kalau lah dia tidak berjumpa Nuryn petang semalam,mungkin dia masih tak tahu apa hubungan Aliff dengan Nuryn sebenarnya.Tapi Hafiz tau dari pandangan Aliff terhadap Nuryn bukanlah pandangan yang biasa tapi sangat bermakna.Hm....

Pada petang itu,Nuryn tengah bersiap sedia bagi memulakan selesai sesi latihan untuk Hari Sukan yang tinggal 3 hari sahaja lagi.Dia mewakili rumah sukannya dalam lari pecut 100 dan 200 meter.Jadi,masa yang ada dimanfaatkan sepenuhnya oleh Nuryn.Setelah duduk di kantin,dia segera mengambil peluang melegakan kepalanya yang kusut dengan membaca novel sebelum menanti gilirannya tiba untuk membuat latihan larian sebab padang yang ada sedang digunakan untuk acara yang lain.Jadi nak tak nak kena lah tunggu giliran.Kebetulan masing-masing kawan aku ada hal,tinggallah aku sendiri terpacak kat kantin ni ha.Ada lah beberapa orang pelajar jugak kat situ.Tanpa membuang masa,lantas novel dibuka dan sesi pembacaan dan layanan jiwa pn bermula.Hehehehehe....

Sedang Hafiz berjalan ke kantin,dia ternampak Nuryn sedang duduk sendirian sambil membaca buku di situ lalu dia segera pergi mendapatkan Nuryn.

" Wah rajinnya dia baca buku petang2 macam ni.Memang patutlah dapat gelaran pelajar cemerlang sekolah.Kalau buat bini ni mesti anak2 aku hensem dan cantik sama macam papa dan mama dia jugak," bisik Hafiz dalam hati sambil membayangkan kehidupannya bersama Nuryn dan anak2..Indahnyeeee...Hmm..

Cut!!!!!!!!Dah2.Kita belajar lagi ok.SPM pun tak ambik lagi.Jangan nak menggatal nak kawin pulak.Nanti mak marah.hehehehe..

Entah kenapa dia rasa tenang apabila melihat wajah Nuryn dan kerana itulah dia  sering memerhatikan geri-geri Nuryn tanpa Nuryn sedar.Nuryn tak ada lah secantik model,natural beauty yang ada pada dia buat aku tertawan pada dia walaupun badan dia kecik molek tapi aku suka.Comel je bila tengok.Hehehehe.Walaupun kadang2 terkantoi kalau aku selalu tengok dia bila dia bersama dengan Qistina,tapi faham2 je lah si Nurin ni kan blurrr...Orang terangkan pun dia sengih lepas tu buat bodoh je.Macam orang tak ada perasaan tapi itulah jugak yang aku suka..hehehe, bisikHafiz di dalam hati diiringi ketawa kecil.

"Hai Nuryn!Boleh saya duduk sini?" tanya Hafiz sambil tersenyum menampakkan kedua belah lesung pipitnya yang sangat menawan itu.Belum sempat Nuryn menjawab Hafiz sudah pun duduk berhadapan dengan Nuryn ylajar rupanang wajahnya dihalang dek buku di mukanya itu.

Bila diamati buku tu bukan buku pelajaran tapi ala-ala novel.Eh iye ke?..Ha betul lah.Gemersik Kalbu!Aku dah baca dah novel nie..Minah ni aku fikir die study rupanya layan jiwang.Hampeh!! "getus Hafiz dalam hati.


Dek rasa terganggu Nuryn segera menoleh kepada gerangan siapakah yang berani mengacau ketenteramannya di petang hari yang damai ini.sekali angkat kepala...

Gulp!!!

" Argh Mr Perfect lah!Macam mana ni?Haaaa pe patut aku buat ek?Nak tanya apa?Alaaa lidah ni time ni pulak nak kejang.Hari2 biasa tak nak pulak kau kejang sambil menggigit lidahnya sedikit kuat hingga terjerit sedikit Nuryn dibuatnya.

"Aduh!!!sakitnya.Padan muka aku.Relax je sudah.Cool Nuryn ...," tenang Nuryn dalam hati.

Demi melihatkan perilaku pelik Nuryn lantas Hafiz bertanya," Eh awak ok tak?Awak pening kepala ke?Ni saya ada bawak panadol dengan saya.," pelawa Hafiz dengan ikhlas.

" Eh patutnya aku yang kelam kabut.Ni apasal pulak dia yang kelam kabut ni?Biasanya ok je.Pelik betul lah,"tanya Hafiz di dalam hati.

Dengan muka tak bersalah pantas Nuryn menjawab " Eh tak ada pape.saya ok je.Biasa la kan.Cuaca panas.Ditambah pulakdah nak exam,kena lah struggle sikit.tu yang letih sikit tu," balas Nuryn malu-malu.

" Mana aku nak ok? Kalau dengan Qistina aku boleh menyorok muka nervous aku nie.Tapi kalau dah berduamacam ni,sesak nafas aku dibuatnya tau.Mamat ni pun satu.Dok asyik tengok muka aku dah kenapa?Dah tak ada kerja lain agaknya," bebel Nuryn dalam hati tapi masih mencuri pandang kepada Mr Perfect nya itu.

Tidak mahu terbuai dengan perasaan yang tidak pasti pantas Nuryn bertanya " Eh awak dari mana ni? Buat apa time2macam ni kat sekolah," tanya Nuryn sedikit pelik.Setahu Nuryn yang tinggal kat sekolah ni cuma yang terlibat dengan acara akhir sempena Hari Sukan tu nanti je.Hmm....

Sedikit tersenyum lantas Hafiz menjawab " Oh saya main untuk bola sepak punya acara.Sekejap lagi baru mula latihan bila semua pemain dah ada,'jawab Hafiz sambil tersenyum manis.

" Hah tu dia senyuman pembunuh iman tu.Aish mamat ni macam tau2 je kelemahan aku.Aku rasa aku tak ada bagitahu sesiapa walaupun dengan Qistina tentang perasaan aku ni.Tapi macam mana dia tau ek?" tanya Nuryn dalam hati.


Dalam masa yang sama Hafiz sudah menyusun strategi untuk mengenali wanita pujaannya itu lantas dia mula membuka langkah.

" Dah lama kita kenal tapi secara tak formal kan.Saya pun tau tentang awak gitu2 je.Bukan apa saja je nak kenal dengan kawan-kawan Qistina ni.Yelah kenal dah lama dengan dia nak jugak lah tau aktiviti seharian dia sebab emak dia dah amanatkan saya untuk jaga dia.Selain tu,saya pulak tak ada kawan perempuan.Molek lah kiranya kalau saya berkawan dengan awak dulu.Ye lah awak teman rapat Qistina kan.

Seraya Nuryn mengangguk,lantas Hafiz memulakan bicara. "Nama saya Mohd Hafiz.Kalau nak lagi manja boleh panggil  Fiz. Awak pulak?," tanya Nuryn pula.

Seakan sedar dari mimpi pantas Nuryn menjawab "Nuryn Arysha," jawab Nuryn lembut sambil memberikan senyuman paling manis buat Hafiz.Terleka sebentar hafiz dengan senyuman Nuryn.

Dan bermulanya dari detik itu lah mereka semakn saling mengenali dan mula rapat antara satu sama lain.Dan ini lah saat2 yang diidamkan kedua nya untuk jadi lebih rapat walaupun masing2 saling tidak mengetahu apa yang tersirat dalam hati masing2 kecuali ........

Hehehehehe.Biarlah rahsia...(^_^)

Lalu petang itu menjadi saksi detik pertama pertemuan serta perkenalan mereka secara tak formal bertentang empat dan yang paling menjadi memori paling manis apabila dapat saling mengenali tanpa ditemani sesiapa.Hanya mereka berdua sahaja.Sangat indah kenangan itu dan akan sentiasa dikenang sepanjang hidup oleh Hafiz mahupun Nuryn sendiri.

Tapi dalam keseronokan mereka berbual,ada sekeping hati yang terluka dan cemburu melihat adegan itu.
  
" Tak apa Hafiz kali ni kau menang.Aku tak kan biarkan Nuryn jatuh ke tangan kau," bisik dia di dalam hati.


No comments: