Monday, January 30, 2012

Gadisku...Apa Harus Aku Lakukan?

Puisi ini mengisahkan perihal dua hati yang saling menyukai tapi si arjuna takut untuk memulakan langkah.Berharap si gadis akan faham dengan segala perilaku arjuna kepada si gadis hanya lah untuk menarik perhatiannya.Lalu kisah pun bermula.....


Tiga tahun aku mengenalinya,
Siapa sangka dia mampu mengetuk pintu hati,
Yang sekian lama terbuka,
Namun masih terkunci,
Tapi ternyata kuncinya itu adalah kamu,
Wahai gadisku.


Mungkin kau tak sedar,
Ke mana saja kau pergi,
Apa kau buat,
Bila kau bersedih dan bila kau pula gembira,
Aku tahu semuanya,
Tak perlu aku 'message' kau,
Tak perlu aku 'call' kau,
Tak perlu aku jadi 'stalker' kau,
Sebab kau dah bertapak lama dalam hati aku,
Sudah aku sediakan satu ruang khas,
Dalam hati ini,
Hanya untuk kamu,
Wahai gadis idamanku.


Di saat kita bersama,
Terkadang aku seperti dapat merasakan,
Kau seperti tahu perasaa aku pada kau gadisku,
Cuma mungkin kau juga tidak mahu menduga,
Tidak mahu berharap,
Sama seperti ku kini.


Gadisku.....
Aku tidak tahu kenapa aku begitu takut,
Nak meluahkan rasa hati yang dah lama ku pendam,
Cuma aku masih tidak tahu,
Bila dan bagaimana harus ku mulakan,
Aku buntu....


Cuma satu yang aku pasti,
Mata itu,
Mata aku,
Pandangan mata kita,
Apabila bertaut,
Seakan menghantar satu pesanan,
Satu luahan rasa,
Satu ukiran jiwa.


Biar apa pun kawan kita nak kata,
Yang penting kita lebih tahu,
Siapa kau dan siapa aku,
Aku tetap akan begini,
Kau pula akan tetap begitu,


Apa yang harus ku lakukan wahai gadisku,
Berilah ku jawapanmu,
Agarku tahu,
Agar ku yakin,
Dengan apa yang harus ku lakukan selepas ini..

Hasil Karya: ***Affyn Najihah***

4 comments:

senses of soul said...

Mungkin anda boleh cuba menulis novel
Bole bermula di blog ni dan mungkin nanti siapa tahu boleh publish buku sendiri =)

blogger misteri said...

Tulis la novel, saya rase awk ade imaginasi yg tinggi

Siti Nornaziha said...

hurm kalau ikutkan jiha dah ade cerpen sendiri.cube awk bace.tp last part tak buat g.hihihihi...ape pndgn awk bile dah bce?boleh gtw kekurangan n kelebihan utk jiha improve gya pnulisan jiha utk jadi lbih baik?

Siti Nornaziha said...

hehehe...kakak pn ade sarankan try publish kt penulisan 2u tp bhasa kene leklok cikit..tp tu lah jiha jnis sempoi...payah cikit nk ke formal...huhuhuhu..tips please...?...=)