Thursday, February 9, 2012

Tanda2 Migraine & Cara Mengatasinya

Assalamualaikum sume...Huhuhuhu...arini Jiha nak tulis entry pasal .....

MIGRAINE !

Hmm sakit tau bile diri ini sudah dihinggapi penyakit migraine ni.Pedihnya memang tak leh nak kate lah.Sampai satu tahap Jiha terpaksa hantuk kepala kat dinding disebabkan kesakitan yang teramat sangat.

ARGH!!!!!


PEDIH SEH ! NAK TAU CAMNE RASE NYE HAA TRY AR KENE..UHUK!!!

Oke2...chill yar...

Sekarang ni Jiha nak gitau korang fakta mengenai penyakit migraine ni dengan lebih mendalam lagi.Jom kita ushar cite ni dengan lebih dalam g...

Common Migraine
Common Migraine lebih kerap berlaku dan ia terus berlaku tanpa tanda-tanda awal.

Migraine berlaku apabila saluran darah mengembang dan mengecut dengan cepat dan ia sering dikaitkan dengan proses pembengkakan (inflammasi). Punca utama berlakunya migraine ialah:
1) Pemakanan
Pengambilan makanan yang mengandungi monosodium glutamate (MSG), cheese, nitrate, coklat, kekacang, alcohol, dan aspartame boleh menyebabkan kamu diserang migraine kerana ada diantara makanan itu mengandungi tyramine atau phenylethylamin yang boleh bertindak mengembangkan salur darah. Diet yang menurunkan kandungan gula dalam darah, tidak makan atau lambat makan mengikut jadual, serta kerap minum minuman yang mengandungi kafein seperti kopi, teh, Nescafe, coke atau pepsi juga boleh menyebabkan migraine kerana bahan ini juga boleh menyebabkan saluran darah mengembang.

2) Hormon
Bagi perempuan, turun naik hormone estrogen sebelum, semasa, dan selepas haid akan menyebabkan sering diserang sakit kepala.


3) Cara Hidup
Berlakunya pertukaran waktu jaga dan waktu tidur, terlebih atau terkurang tidur juga menyebabkan migraine. Bagi pelajar yang gemar belajar last minit dan mengabaikan makan dan tidur, akan menyebabkan mudah diserang migraine. Pengambilan ubat-ubatan, keturunan, perubahan cuaca, bunyi bising, menonton tv atau memandang skrin computer terlalu lama, stress, tekanan emosi dan merokok juga merupakan punca-punca diserang migraine.


Hurm tengok lah kawan2 ku sekalian.Sekelip mata je boleh dapat penyakit migrain kalau cara hidup tak betul.Yang penting kawal tekanan untuk mengawal migraine jadi lebih teruk lagi.Tapi tak pe,ada cara yang Jiha nak kongsi dengan korang sume cara nak kawal sakit kepala melampau ni yang Jiha praktikkan sendiri sebagai seorang penghidap migrain dan juga informasi yang Jiha dapat daripada kawan2 laen.

Check It Out!!!


Mengawal pemakanan harian, kurangkan stress dengan bersenam, amalkan cara hidup teratur, berbaring di tempat gelap dan sunyi sewaktu tanda-tanda awal migraine. Mulakan mandian dari bawah keatas (kaki, badan, kepala), dengan cara ini mungkin boleh membantu kita mengelakkan diri diserang migraine. 

Jangan biarkan sakit kepala berlarutan kerana mungkin akan menyebabkan migraine. Kalau kita mencapai tahap kritikal migraine, boleh menyebabkan muntah, pening, cirit-birit serta sensitive kepada bunyi dan cahaya.

Sumber: Buku Perubatan Moden

Haa...camtu lah sedikit sebanyak fakta dan artikel yang Jiha nak kongsi hari ni.Harap2 dapat bantu korang handle problem ni in case lau tanda2 di atas ada pada korang.Jangan biarkan melarat sebab sekali dah terkena migraine,susah nak baik dan kena kawal betul2 utk elak kan daripada berulang dalam kadar yang kerap.

A lots of Love from : Affyn Najihah

5 comments:

PC said...

thanks for the great info kak jiha :)
saye tengah migrain actually. tak tahan sangat like serius rase cam nak hantok kepale kat dinding == uwaa >.< again thanks tau ^^

Unknown said...

Mcm mane nak baik dari migrain ? Means nak hilangkan terus . Ade cara ke ? :/

Unknown said...

Mcm mane nak baik dari migrain ? Means nak hilangkan terus . Ade cara ke ? :/

Unknown said...

Terimakasih maklumat yg amat berguna..

Unknown said...

Terimakasih maklumat yg amat berguna..