Wednesday, February 8, 2012

Lelaki & Perempuan Tak Boleh Jadi Kawan Baik Ke?

Selamat pagi dan salam 1 Malaysia !...

Hehehehe...


Arini Jiha nak story mory tentang 1 tajuk yang sangat common pada pendengaran Jiha ni dan jugak korang semestinya.Ha ce korang ushar tajuk kat atas tue (Lelaki & Perempuan) tak boleh jadi kawan baik.

Kenapa agaknye ek?Mungkin ade yang setuju n mesti ade gak yang tak setuju dengan pendapat Jiha ni.Tak pelah.Ape pun jom kita try ushar sesama n korek cite ni lagi dalam...;)

Ok,first of all kenapa Jiha nak cerita pasal tajuk ni?Sebab Jiha ase tajuk ni tersangat lah penting sebab melibatkan 2 tarikan yang berbeza antara lelaki dan perempuan.

Eh,amende pulak lah Jiha ni mengarut kan?


Ehehehehe...

Oke2..sebenarnya ni pun dari pengalaman Jiha dan kawan2 Jiha jugak.Banyak sangat perselisihan faham berlaku bila adanya ikatan atas nama 'kawan baik' antara lelaki dan perempuan nieh.Fine!Memang ada yang akan cakap .........

Girl : " Eh suka hati aku lah ! Aku yang berkawan ngan diaowg,bukan kau.Asal pulak kau nak  
sibuk2 ni?".

Boy   :" Eh kau ! orang nak ambik berat sal dia,dia boleh pulak cakap macam tu kan? Aku bukan suka suki nak menyibuk tapi boyfriend kau tu kawan baik aku beb!Agak2 ar lau nak berkawan pun.Hadoyai !.

Woah!!gile panas situasi an?Tapi kenapa ye jadi camni?...


Hurm mungkin perempuan tu rapat ngn si lelaki itu disebabkan tarikan cas magnet positif dan negatif antara lelaki dan perempuan kot ! Ye ar, dulu Jiha pernah buat kajian nak nyalakan mentol masa Darjah 6 dulu,macam tu la cara perletakkan sel kering (battery) nya dulu.Huhuhu sains pulak daa...


Ha jom kite check it out nape perempuan lebih selesa jadikan lelaki sebagai kawan rapat dan kenapa jugak lelaki lebih suka perempuan jadi kawan rapat...


Jeng..jeng..jeng..

1) Lebih memahami 
Ada kes yang perempuan ni lebih selesa berkawan dengan lelaki sebab lelaki ni lebih bersikap terbuka berbanding sesama kaum.Ye lah.Nak cakap lepas dengan perempuan kena agak2 sikit tapi dengan lelaki boleh main hambur je..Perempuan kan penuh dengan emosi..Eheh?...Haa..tapi kena berpada2 jugak.Ayat tu kasi laa berlapik sikit.Lelaki pun manusia jugak kan.Korang ingat tak ada ke lelaki yang sensitif melebihi perempuan?.Fuh!Jiha dah jumpa dah.Payah2!..So,berpada2 lah dalam berkata2.Ego lelaki kena jaga jugak an.Sekuat mane pun lelaki pasti ade jugak kelemahannya.

Tapi dalam kelebihan sesuatu perkara tu pun,mesti ada kekurangannya kan?Haa kat sini laa yang Jiha nak tekankan lebih sikit nieh.Bukan ape.Ikut pengalaman Jiha personally,memang gini lah jadinya tau.Haa apa dia yang 'gempak' sangat nak story ni an?....

I'M IN LOVE !

Erk ?

What to do?

Haa ni yangp payah ni.Baik perempuan mahupun lelaki.Mesti ada sedikit perasaan suka antara satu sama lain bila dah rapat.Cuma tinggal kawal perasaan je.Ye lah,in case salah sowang dah berpunya,tak kan ar nak potong jalan kan?Nama pun kawan baik.Korang ingat senang ke nak kawal perasaan bila kita dah cintakan orang tu dan dia selalu berada dekat dengan kita,kita biarkan je?...

Jiha akan kata TIDAK !..

Ok fine.Korang kata boleh je...'Kawan aku boleh je stay jadi kawan baik until last forever even salah sorang dah berpunya'.

Memang laa.Tapi perasaan kecewa tetap ade bro!Lain lah kalau kau sanggup teman dia ari2 g jumpa boyfriend dia,jadi pengikut rombongan meminang boyfriend dia n jadi pengapit masa majlis kahwin dia nanti.Haa..amacam?ade bran tak?

Hurm Jiha bukan lah nak pertikai hubungan yang macam ni.Cuma Jiha ushar banyak keburukan daripada kebaikannya.Ada 1 keadaan di mana perempuan ni memang selesa berkawan dengan lelaki.Ok dia bukan nak perasan n Jiha faham tu.Cuma bila dia berlembut dengan lelaki ni,lelaki ni mula lah fall in love dan bermacam lagi.So terpaksa lah kawan Jiha ni bercakap ala2 kasar gitu.Nak wat camne kan?Dah kejadiannya macam tu.So sekarang ni,kawan Jiha tu dah mula menjauhkan diri dari lelaki.Means,berkawan rapat dengan lelaki ar..Kang jadi gaduh pulak sesama sendiri nanti dah payah an...So,berkawan ala2 je.Tak adalah jadi kes lupa diri ke,dah susah baru nak cari ke and so on...

Hurm,.banyak betul hal nye kan?So pengajarannya kat sini berkawan biar lah berpada tak kira sesama jenis mahupun berlawanan jantina..Bukan ape,cuma nak elak berlaku situasi macam kat atas tadi je..


Sebenarnya banyak lagi pengalaman yang Jiha nak cite tapi tak pelah.Next entry Jiha akan cite lagi dengan topik yang lebih HOT!...

Ouch!!!

Huhuhuhu..semoga kita berjumpa lagi on the next entry yar......Bye2..Salam..;)

Lots of Love from : Affyn Najihah

2 comments:

sha ohsem said...

one of my besties is a guy..haha... nasib baik we all tak terfeeling for each other... that's must be really awkward if that had happened.. XD

Siti Nornaziha said...

yeahthats true...actually jiha pn adep glmn cmtu gk..so xbrani g nk be close ngn memane guys daa..;)