Wednesday, February 15, 2012

Amende Kau Membebel Nieh?

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia Jiha ucapkan kepada semua rakan2 blogger sekalian..Hehehe ase cam lame je tak post kt cni...ehehehe....Oke2...arini Jiha nak cite tentang 1 topik y menarik perhatian Jiha untuk menulis pada pagi yang indah lagi hening nieh..

Hah,cer ushar ckit tajuk tu...

Haaa...amende kau membebel nieh?...kekekekeke...

Oke2...sebenarnya hari ni jiha nak kupas tentang menjadi pendengar yang baik.Nak tau ke tak sama ada kita ni trgolong dlm golongan ni ataupun tak?...Kalau ikutkan memang lah manusia tak ada yang perfect tapi sekurangnya dalam diri tiap manusia tu mesti ade kebaikan yang tersendiri dan slaah 1 nye mungkin adalah seorang pendegar yang baik..

Haa sebelum Jiha memanjangkan lagi mukadimah yang da sedia panjang nie,Jiha ada 5 cara untuk kita kenal pasti sama ada kita ni termasuk dalam golongan pendengar yang baik ataupun tak...

Hehehehehe,,,

Sound check !!! 2x

1) Kita tak kisah siapa yang berbicara tetapi apa yang dibicarakan.
Ahah!!! Jiha pun selalu jugak hadapi situasi yang macam ni.Sure lah korang pun mesti ada pengalaman sama macam Jiha jugak kan???...hehehehe...Dalam hidup ni mesti ada orang yang kita tak berapa nak suka.Tu memang fitrah manusia lah kan...tapi dalam kes ni,seorang pendengar yang baik tak kan memilih orang untuk berbual.Even before ni musuh pun dia tak kisah.In case musuh dia tu nak jadi kawan dia ataupun nak bercerita tapi tak tau nak cite kat siapa pun dia sudi jadi pendengar.Menolong mana yang boleh.Haa memang best lah lau dapat jadi pendengar yang baik macam ni..Huhuhuhuhu....



2) Sentiasa memberi tumpuan terhadap apa yang diperkatakan.
Hah!yang ni lagi 1 cerita.Personally bagi Jiha sendiri,kalau ada kawan2 Jiha yang datang mintak nasihat or pendapat (even Jiha ni pun tak ada lah bagus sangat.Bantu sekadar termampu je),tapi Jiha mesti nak menyampuk even just cakap perkataan : ...

Oh,ye ke???

Eh,biar betul?..Ish3 teruknya lah...

Haaa !!!..Pe kes beb?...Kalau pendengar yang betul2 terbaik dia takkan menyampuk ape jugak yang dibicarakan tapi sebaliknya hanya akan mengangguk dan fokus terus ke anak mata yang sedang berbicara.Itu penting tau sebenarnya untuk tunjukkan keikhlasan kita mendegar tiap butir patah perkataan yang dibicarakan.Dan yang lebih penting lagi sekurangnya dapat mengurangkan beban yang dipikul dan dalam masa yang sama boleh mendatangkan kelegaan kepada yang berbicara bahawa ada yang memahami mereka,mendegar masalah mereka dan turut sama membantu menyelesaikan maslaah dihadapi.



3) Bersikap terbuka dan tidak membuat kesimpulan terlalu awal.
Haa,.,ni lagi 1 sikap yang tak boleh dielakkan.Awal2 lagi da judge seseorang tu tanpa usul periksa.Entah2 ada sebab perlakuan orang tu macam tu tapi kita terus judge dia teruk tanpa bertanya empunya diri terlebih dulu...Woah sangat unfair..tapi tu lah...Bukan senang sebenarnya tapi kita boleh mencuba untuk berfikir positif walaupun bagi Jiha personally agak payah nak buat.Cube plan2.Jiha pun still belajar g nak berfikir positif always ( bukan senang tapi lau tak cube kita tak kan tau kemampuan diri kita..:)


4) Menghormati orang yang berbicara walaupun mereka lebih muda daripada kita.
Haa...standard ar kan.Ase diri dah besar sangatt,semua yang kita kata ni betul,pendapat orang laen dikata salah ...huhuhu (aku le 2)...hehehe...Ape2 pun nak jadi pendengar yang baik,kena lah saling menghormati.Diaowg pun manusia jugak.Ada harga diri.Ada rasa malu.Sama2 lah kita cuba berubah ye...huhuhuhu...


5) Sentiasa cuba faham apa jugak yang tersirat mahpun tersurat.
Haa yang ni agak payah bagi sesetengah orang yang tak paham bahasa 
kiasan.Ok macam Jiha sendiri,Jiha bukan jenis straight to the point tapi penuh dengan kiasan.Nak perli pn kadang2 berkias.Mukadimah dah 2 3 page marahnya tak lagi.Sudahnya,tak jadi nak marah,hehehehe,...Jadinya,kalau berbicara dengan orang yang cakap ayatnya tak tersusun ataupun penuh dengan kiasan ataupun nak bercerita tapi tak nak cerita secara sepenuhnya (lagi mau rahsia),kita relax je.kite amik main point dlm kata2 diaowg tu sebagai petunjuk utama tentang keseluruhan cerita yang nak disampaikan tue.

Haa..oke x??..Hehehehe...Jiha saje nak share dengan korang sebab bagi Jiha bukan senang nak jadi yang terbaik.

Jadinya,lau ade yang datang nak bercerita or meminta nasihat,cube lah dengar sebaik mungkin.Lau tak paham pun,buat2 le paham.Tak puas hati pun simpan je dulu ye.nanti dah hujung2 haa bru kasi sama dia...kekeke...

Ok lah.terpanjang lah pulak entry ni an.Jiha mau berundur dulu ye.Jumpe di lain waktu.Bye2 sume...:)

* A lots of love from Affyn Najihah *

2 comments:

Aina Mardia said...

love is a sweet torment
follow me back yea...

Siti Nornaziha said...

tq..sure..i will..:)