Friday, February 10, 2012

Rahsia Hati



Kenapa sukar benar untuk ku melupakan,
Akan dirimu,
Kenangan tentang kita,
Telah ku simpan kemas,
Menjadi sejarah silam,
Tak mahu ku bangkit kembali,
Apa yang telah ku tinggalkan...


Apakah kau turut sama merasa,
Sama berkongsi,
Rahsia hati,
Yang tak terbias,
Lalu terlantar sepi,
Umpama angin lalu tak bertempat,
umpama desir ombak berlalu,
Tanpa arah tuju yang pasti...


Kau dan aku,
telah berjanji,
Melalui hati kita,
Untuk tak lagi ingat,
Kisah semalam,
Walau tak lama,
Tapi cukup terkesan di hati,


Kau pergi tak kan ku tanya puncanya,
Kerna ku tahu,
Kau tak bisa terima,
Apa yang dah tersurat,
Lalu mula membuka langkah,
Meniti kehidupan,
Sebaik mungkin,
Demi sebuah kehidupan,
Yang lebih sempurna...

Hasil Karya : Affyn Najihah

2 comments:

Koding said...

Koding Berkata:
Kalau asyik teringat sahaja..
Maka bersegeralah berurusan dgn Tok Kadi...

Siti Nornaziha said...

hehehehe...terbaek!....;)