Tiap manusia pastinya didatangi dengan dugaan berbeza yang diyakini cubaan yang datang itu mampu dihadapi oleh seseorang manusia tersebut.Di sini,Jiha nak melakar satu puisi untuk menterjermah isi hati mereka yang sedang berjuang melawan sakit samada yang boleh dilihat ataupun sakit yang berkaitan dengan alam ghaib..Bukan mudah untuk menghadapinya.Tanya lah mereka berapa banyak titis air mata mengalir sepanjang perjuangan mereka menghadapi dugaan tersebut.Mari kita hayati bersama......
Badan bak digoncang,
Sakitnya bak ditusuk sembilu,
Dada sesak nafas tersekat-sekat,
Kaki longlai tuk terus melangkah,
Bagai dirantai tak mampu dilawan.
Pedihnya terasa seluruh anggota,
Air mata menitis banyak tak terkira,
Menangisi nasib diri di uji,
Berapa lama lagi kesakitan ini,
Harus ku lalui di duna ini.
Luaran nampak seakan tenang,
Aktif bergerak ke sana ke mari,
Sibuk hal duniawi itu dan ini,
Cuba melawan sakit di dalam,
Yang seringkali datang dan pergi,
Menjengah diri yang serba lemah ini.
Kalau ikut hati yang pilu,
Ingin ku putar masa nan lalu,
Menebus khilaf salah silapku,
Hingga Tuhan marah padak,
Lalu ditimpakan ujian yang hebat ini,
Sebagai satu bntuk peringatan,
Untuk ku lalui dengan redha hati.
Tak ada yang mampu mengerti,
Segala sakit ku rasa kini,
Mereka lihat fizikalku seakan normal,
Namun jika ditelusuri secara dalam,
Mentalku terganggu dengan pelbagai gangguan,
Walau ku tak tahu,
Kenapa,mengapa,apakah dan bagaimana,
Hal seperti ini boleh berlaku,
Aku tak tahu mana nak mula,
Untuk merungkai satu lagi rahsia Maha Pencipta,
Untuk aku telusuri hingga ke akar umbi.
Kawan-kawan,
Ibu bapa,
Kaum kerabat,
Mereka lah penguat semangatku,
Untuk aku terus berjuang demi hidup.
Perjalanan kehidupan harus dilalui,
Biar ada yang mencaci,
Biar ada yang mengeji,
Aku butakan mata,
Aku pekakkan telinga,
Annggap mereka tak tahu apa-apa,
Biarlah.......
Kini,
Ku mampu mengawal keadaan diriku ini,
'Sakit' melibatkan dua dunia,
Aku rasa takut,
Kian takut tatkala aku mampu melihat 'mereka',
Mengancam aku itu dan ini,
Tapi aku cuba untuk tidak gentar,
Kerna aku yakin Allah sentiasa ada,
Untuk menjaga dan melindungiku,
Kala aku ditimpa malang dan musibah.
Terima kasih Ya Allah untuk ujian ini,
Kerna buatku sedar,
Tiada kuasa lain yang mampu menandingi kuasa-Mu,
Hasil Karya : Affyn Najihah
No comments:
Post a Comment